Showing posts with label peduli islam. Show all posts
Showing posts with label peduli islam. Show all posts

hukum menutup aurat dalam sukan



salam~!
muasir ini,sukan dianggap sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia.
tambahan pula,dalam islam sendiri,sukan itu tidak diketepikan dan juga harus dijadikan sebagai satu medium untuk mentarbiyah diri dan menyihatkan diri..

namun,wujud satu persoalan yang sering kali kita terlepas pandang akan kewajaran dan kepentingannya  yakni hukum menutup aurat dalam islam...

ana penah diajukan dengan soalan begini oleh rakan ana disekolah..
kawan ana kata,dalam mazhab imam maliki,aurat hanya pada kemaluan..

untuk mendapat lebih pengetahuan,ana sisipkan sedikit pendapat ulama masyhur yang merungkai tentang aurat dalam sukan

Aurat lelaki menurut Jumhur ialah antara pusat dan lutut. Maliki berpendapat paha itu bukan aurat. Namun dalil-dalil hadis memihak kepada kuatnya pendapat jumhur. Dalam menjawab soalan ini, kami akan menjawab berdasarkan hukum membuka aurat ketika bersukan. 

Mengikut pendapat alQardhawi, pendedahan aurat dalam sukan adalah suatu yg telah ditimpakan ke atas manusia kerana badan-badan sukan antarabangsa dikuasai oleh bukan Islam atau kemungkinan Yahudi. Umat Islam adalah golongan yg paling teruk akibatnya kerana kebanyakan peraturan sukan tidak memihak kepada agama (syari'at) dan susila kita. Maka umat Islam hendaklah terus melobi badan-badan sukan a/bangsa supaya umat Islam diberi hak- hak mereka dalam menentukan sesuatu yg melibatkan agama mereka salah satunya hak menutup aurat ketika bersukan). Maka dalam keadaan sekarang, umat Islam berada dalam dharurat dan bolehlah mereka berpakaian seperti yg ditetapkan oleh badan dunia itu. Oleh itu, melihatnya juga adalah dibenarkan.

Sheikh Ibn 'Uthaimin pula berpendapat bahawa bersukan dengan membuka aurat adalah haram dan melihatnya juga adalah dilarang. 

Saya secara peribadi berpendapat membuka aurat adalah haram. Walau sekalipun ketika bersukan. Ini kerana pada masa kini, boleh sahaja kite memakai underpant panjang di bawah seluar pendek sehingga menutup aurat kita. Pemakaian sebegini setahu saya adalah tidak menyalahi peraturan bolasepak ataupun permaianan lain. Umat Islam seharusnya cuba sedaya upaya utk melaksanakan suruhan Allah, bukannya sentiasa menjadi kemudahan. 



dan ini


:Awrat lelaki menurut 4 madzhab muktabar:

Hanafi dan Syafi'iy: antara pusat dan lutut
Dalil: Hadith Muhammad bin Jahsy (tutuplah pahamu kerana dua paha itu aurat) HR alBukhari (mu'llaq) dan Imam Ahmad

Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)



dan  ini


Didalam Kitab al-Majmu' Sharh Muhazzab (3/173] ada menyebut bahawa terdapat 5 pandangan mengenai aurat lelaki. 

1. Antara pusat dan lutut adalah aurat, akan tetapi lutut dan pusat bukanlah aurat sebagaimana didalam kitab al-Umm. 
2. Kedua-duanya aurat 
3. Pusat aurat dan bukan lutut. 
4. Terbalik, menurut riwayat al-Rafii, iaitu - lutut aurat dan bukan pusat 
5. Aurat hanya Qubul (kemaluan) dan Dubur. 

Namun demikian, kita memilih pandangan jumhur dari kalangan ASWJ sebagaimana point no:1; aurat lelaki diantara pusat dan lutut. WA. 

air mata keinsafan



salam~!
pejam celik pejam celik,nak dekat habis sudah ramadhan ini...
tapi bagaimana dengan jiwa kita?
adakah sudah penuh dengan ilmu,adakah sudah penuh dengan rembesan-rembesan keinsafan...

Abdullah bin al-Syakir berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

hadis di atas tak lain tak bukan hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kita selaku manusia yang selalu alpa dan leka dengan tanggungjawab kita..

Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?
Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.
Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.
Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.
Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!
oleh itu,selaku manusia biasa. perlu sedar..yang diri kita ini tidak sehebat mana...kita ini hanyalah tanah yang dipijak manusia....kita ini hamba yang hina...
tapi ingatlah,hanya orang yang beriman sahaja dinaikkan darjat oleh Allah seperti dalam firman allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ




Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

oleh itu wahai muslimin wahai muslimat..penuhilah 10 terakhir ramadhan dengan seoptimum mungkin..~!
salam jihad~!

ramdhan karim


Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).



adapted from friend...thanx

Bakar al-quran dan bible






Seorang pengacara Australia merobek halaman dari Al-Qur'an dan Alkitab dan melinting potongan kedua kitab suci dan menghisapnya bak sebatang rokok di laman YouTube, hanya selang beberapa hari setelah ancaman pendeta AS untuk membakar kitab suci Al-Quran yang mencetuskan protes dan kecaman.
Dalam klip video sepanjang 12 minit berjudul "Alkitab atau Al-Quran - yang mana lebih baik dibakar?" Alex Stewart, yang merupakan anggota kelompok ateis, mengangkat kitab suci umat Kristian dan Al-Quran sebelum merobek dan membakarnya seperti rokok.
Video, yang telah dihapus, diposting di YouTube selama hujung minggu, bertepatan dengan ulang tahun kesembilan dari serangan 11 September dan datang setelah pendeta sinting AS Terry Jones mengancam untuk membakar 200 salinan dari Al-Quran.
Stewart juga merupakan pekerja pada Universiti Teknologi Queensland, kata pengacaranya.