Showing posts with label dari benak hati. Show all posts
Showing posts with label dari benak hati. Show all posts

seminggu yang penuh dengan kerja

salam~!
kepada semua pembaca...rasanya nak dekat sebulan tak post ...sebab tak ada masa..ini pun curi-curi masa sikit lepas penat baca buku sejarah...hari ini rasanya nak post something yang aku tulis kat atas tu...

memang kehidupan kat asrama seem biasa dan tak ada pape,tapi sebenarnya banyak benda yang perlu antum semua tak tau...asrama ni kadang-kadang macam syurga dan kadang-kadang macam penjara pun ada..

ni nak cerita ni...minggu ni.. a.k.a minggu kedua bulan oktober 2011..sabgat-sangat mengganggu gugat keimanan aku....hari pertama...a.k.a hari ahad...modul biology tak siap lagi...tu tak kesah sangat..yang aku kesah ni ha...soutul umara..majalah pengawas...dua hari nak siap?sempat ke....buat je la...

hari pertama..tidur pukul tiga..(buat rajin apetah aku ni)...besok..bangun-bangun macam tak nampak dunia...mata macam tak boleh buka je...awal-awal nak puasa,tapi last-last tak larat lak..so ari kedua...

perhimpunan mingguan start...hebat gak ar...aku tak rasa nak pitam...boleh berdiri dengan kuat lagi....lepas habis perhimpunan..kononnya nak plan nak tido dalam kelas....tapi orang kata plan allah lagi terbaek~!..
wamakaru wamakarallah..wallahukhoirul makirin...start2,kelas bi tak ada...haha...so...aku pun kononnya nak tido...punyalah struggle nak tido...tak mahu tido gak..rasa cergas sangat lak...so..lepas masa bi pun tak ade cikgu...aku fikir dalam hati..ni mesti allah suruh aku sambung kerja buat majalah ni....

so..kaki pun menapak pergi ..dan akhirnya langkahku pun terhenti di depan pintu bilik pp asrama...buka je pintu..then sambung buat kerja...


12 tgh hari..dengan gelabah nya aku pergi balik kelas..4 kelas bahasa arab...sesampainya aku dekat kelas...semua orang pergi perpustakaan...

memang allah dah takdirkan aku boleh sambung kerja aku...so,aku patah balik ke asrama....
sambung buat kerja sampai balik sekolah....

petang tu ada latihan bola untuk sbp zon tengah...memang penat....sebab tak cukup tido...dengan fitness pusing padang 10 round..tambah lagi dengan practice match dalam 1 jam setengah...macam nak terbakar je kulit muka aku ni...almaklumla..kulit muka sensitif...kena panas mesti rasa sakit...malam tu pula...sambung lagi buat kerja ...tak pergi prep.. dan tidur awal sikit dalam pukul satu..nanti la sambung yer..~!

selamat hari raya aidilfitri dan selamat hari merdeka!


salam~!
dikesempatan ini..ingin diri ini untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang pernah diri ini lakukan..andai terlanjur bahasa,tersalah kata,tersalah laku,tersalah sentuh,tersalah pandang,tersalah faham,tersalah dengar,tersalah bau...diri ini tunduk memohon kemaafan...10 batang jari ini disusun sebagai atribut kemaafan kepada yang pernah terasa hati dengan diri ini..diri ini sedar...diri ini sangat lemah..berada di bawah payung iman namun kadangkala tersadung dan akar-akar dosa dan maksiat..

hati ini memohon setulus kemaafan kepada:

manusia yang pernah dimarahi hati ini..yang masih memendam perasaan benci..yang masih tidak puas hati..
manusia yang mengharap diri ini berubah kembali..
manusia yang pernah mencurah air mata kerana berselisih faham..
manusia yang terasa hati andaikata senyuman dibalas muka yang masam..
manusia yang berasa tak puas hati walaupun tiada sebab..

diri ini hanya hamba allah yang biasa yang hanya tahu mentakrif segala-galanya dengan ilmu yang cetek...

ya allah,"tunjukkan lah kami jalan yang lurus"(al-fatihah ayat 6)

sesungguhnya diri ini  bukan manusia yang perfect...

-------------------------------------------------------------------------------)(:


merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!merdeka~!

selamat menyambut hari kemerdekaan ke -54

gaya rambut bulan ramadhan







salam~!
aha...
macam mana yang anda suka?
semua orang dalam bumi ini mempunyai idea dan kesukaan yang tersendiri tentang rambut mereka..
bagi mereka,rambut itu umpama lambang keindahan,kecantikan dan keglamouran..
jadi di bulan ramadhan ini,cuba kita fikir,stail apakah yang paling sesuai untuk digayakan agar ia dapat disesuaikan dengan keadaan sewaktu di bulan ramadhan..

oleh itu,bagi ana...rambut yang terbaik adalah..

BOTAK
...............
KENAPE?
sebab botak ini macam melambangkan kerendahan diri..
dan ia sangat sesuai dengan bulan ramadhan agar kita lebih mendekatkan diri dengan allah..

bagi diri ana,ana telah menggayakan rambut ana dengan cara yang tersendiri

hehhehhe..:)

ini adalah rambut yang biasa digayakan ana




tapi sekarang...
keh3x







hayatilah 3 gambar ini...memang smart kan gaya rambut terbaru ana??sesuaikan untuk ramdhan..

salam~!


air mata keinsafan



salam~!
pejam celik pejam celik,nak dekat habis sudah ramadhan ini...
tapi bagaimana dengan jiwa kita?
adakah sudah penuh dengan ilmu,adakah sudah penuh dengan rembesan-rembesan keinsafan...

Abdullah bin al-Syakir berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

hadis di atas tak lain tak bukan hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kita selaku manusia yang selalu alpa dan leka dengan tanggungjawab kita..

Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?
Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.
Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.
Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.
Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!
oleh itu,selaku manusia biasa. perlu sedar..yang diri kita ini tidak sehebat mana...kita ini hanyalah tanah yang dipijak manusia....kita ini hamba yang hina...
tapi ingatlah,hanya orang yang beriman sahaja dinaikkan darjat oleh Allah seperti dalam firman allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ




Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

oleh itu wahai muslimin wahai muslimat..penuhilah 10 terakhir ramadhan dengan seoptimum mungkin..~!
salam jihad~!

ramdhan karim


Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

Berpuasa Ramadhan bertujuan menambahkan Taqwa. Taqwa ialah kekuatan dalaman anugerah Allah untuk manusia berhadapan dengan fitnah hidup ini dengan selamat hingga ke akhirat. Kesannya mendalam hingga ke Ramadhan akan datang. Rasulullah telah menjanjikan kita dengan sabdanya, “Solat yang lima. Jumaat hingga Jumaat, dan Ramadhan hingga Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang di antaranya apabila (dengan syarat) dijauhi dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim),

Hati dibersihkan dari dosa dan nafsu dapat dijinakkan. Asalnya nafsu berguna untuk mengurus diri dan alam keliling. Dengan nafsu manusia sukakan kebersihan, keindahan. makan minum. dan berkeluarga hingga berkembang biak memenuhi bumi. Namun, nafsu mudah menjadi liar hingga membahayakan diri dan alam. Betapa kecantikan terjebak kepada kelucahan. Urusan makan minum menjadi perebutan harta dan takhta. Kesihatan, kekuatan dan kemudaan sering disalahgunakan hingga tergadai usia muda kerana lupa kepada Allah.

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Menurut hadith ini, orang yang berpuasa perlu kuat bersabar apabila dalam situasi genting atau bertelingkah. Disebutnya, ‘Saya berpuasa’ beberapa kali untuk mengingatkan diri agar tidak merosakkan pahala puasa. Puasa begitu penting dijadikan latihan mengubah sikap hingga Rasulullah mengingatkan kita, “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.

Pada akhir Ramadhan, orang yang berpuasa mengikut adabnya akan menjadi orang baru kerana berjaya membuang segala kelemahan diri. Ramadhan di akhiri dengan kesedihan kerana berpisah dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah. Alangkah gembiranya jika Ramadhan itu sepanjang tahun. Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a, katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan,nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’ (Riwayat Ibnu Khuzaimah).



adapted from friend...thanx

rumah dan sekolah..jauh beza..




salam...
entah kenapa...
tak tahu apa pasal...

aku tak boleh buat apa yang aku buat di rumah ,dekat sekolah...
kenapa ye?..
bila aku fikir balik...aku macam ada dua bahagian dalam diri ini...dua-dua lain...

baiklah....
aku nak cerita sikit ...
suasana di sekolah...spesifik..smapk...

hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 4...
juga sebagai pemimpin pelajar..
juga sebagai pemain bola baling
juga sebagai ahli kumpulan nasyid(afu)....

sangat sibuk....

berbanding dekat rumah....

hidup sebagai manusia biasa...
juga sebagai anak yang berbakti kepada ibu-bapa..
juga sebagai pelajar yang nak lepas stress....


kalau di sekolah...

aku pun tak tahu....aku macam kurang senang tengok benda mungkar ni..
kalau junior buat salah...mau aku panggil malam tu...tegur...

kalau di rumah....
kawan aku nak mencarut ke..kutuk orang ke....biaq pi depa nak buat apo...!

kalau di sekolah...

muka aku ini...tak boleh tak ketat....lagi-lagi dekat sekolah....(maksudnya dekat kawasan kelas)
masam memanjang.....sampai ada orang kata aku ni bajet macho la....ada juga yang kata aku ini sombong la...
ada juga yang selalu tanya soalan kat aku..:"anta ade masalah ker?"

kalau dekat rumah....

tak rasa nak masam muka pulak...senyum memanjang...haha...kekadang senyum sengsorang...
jumpa kawan...gelak-ketawa..
jumpa kawan tak lekang dengan senyuman...

kalau dekat sekolah....

aku ni sangat malas nak belajar....sebab...act, bukan malas...tapi banyak benda lain nak buat...thus,mood nak belajar pun hilang...

kalau dekat rumah....

asyik-asyik pegang buku....tak tahulah kenapa...satu hari tak duduk rumah(keculi malam...)pergi perpustakaan awam....

bila fikir balik...bukan kata aku ada evil dan good side dalam dua keadaan berbeza...tapi mood aku yang tak berapa nak bagus sangat di sekolah..

jadi...hopefully....

kepada manusia yang pernah terasa aku marah dan aku terkutuk depan-depan atau tegur depan-depan..minta  maaf banyak-banyak...sebab dekat sekolah aku ada tugas...sebab dekat sekolah aku bukan manusia yang biasa...

harap juga agar kawan-kawan aku tak salah anggap aku selalu moody...aku tak moody...cuma mood tiada dekat sekolah.....aku tak sombong....aku kawan sahaja dengan sesiapa yang boleh kawan...
aku tak bajet....sebab aku rasa dengan bermuka masam itulah..aku dapat kawal niat depan perempuan....innama a'malu binniat....

majlis walimatul urus kakak aku

salam~!
hari  ini merupakan majlis walimatul urus antara

NURHANISAH BINTI OSMAN
             dengan
MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI


hari ini sangat sibuk..walaupun pakai catering...
aku tetap penat..angkat itu..angkat ini...
dan menjadi juru kamera yang tidak bertauliah..kena menyelit san..kena menyelit sini...
kena la buat muka tak malu bila tangkap gambar...kalau nak shot yang cantik...kne la pandai-pandai...kan?

so..tak banyak cerita yang aku boleh cerita dan sebenarnya memang tak ada cerita yang menarik la...

sebab............

bukan aku yang kahwin..kakak aku yang kahwin..kalau aku yang kahwin...mungkin banyak la cerita aku boleh tulis dalam blog ini....

hehehe....saja je

so, dekat bawah ini aku letak sikit gambar yang aku ambil semasa kenduri walimatul urus ini

mula-mula dengan persiapan orang rumah pengantin perempuan...























lepas itu gambar semasa pernikahan...

























semasa kenduri berjalan





















































last sekali..gambar aku.

..sebab aku yang  pegang kamera...so gambar aku tak banyak....ni pun terpaksa guna konsep reflection tuk tangkap gambar...sede kan..haha....k...semoga pengantin berkekalan sehingga akhir hayat dan sehingga ke anak cucu..amin~!