pembaca try sendiri la baru tau...
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
banyakkan puasa sunah hari Isnin dan Khamis
haha...macam pelikkan bila aku baca dekat blog kawan aku tu,dia cakap puasa boleh hilangkan jerawat.
kalau ikut aku lah,aku sokong gak sebab aku pun ade pengalaman berpuasa sunat ni..klu dekat smapk tu,boleh nak dikatakan suhu agak panas..jadi minyak kat muka aku tak abis-abis nak keluar ..geli gak ar rasanye..tapi...aku ada satu cara je x nak muka terlalu berminyak,aku kne kurangkan pergerakan,..maksudnye..masa rehat tak yah gi koperasi or canteen,stay dalam kelas ..so aku akan bole stay dalam kelas kalau aku puasa sunat..
Kurangkan Makan Makanan Berminyak
Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye hehe.Jangan Garu Muka
inin memang 'ahnau'(kawan aku) selalu buat..haha..tapi tak kesah lah muka dia tak de jerawat..dia nak toreh muka dia pun tak pe..kalau untuk aku..aku bukan garu tau..tapi aku pegang..but act,benda yang aku nak sampaikan sama jer...mesej nye satu jer..jangan sentuh muka..tak kesah la muka ko tu berminyak ker,penuh jerawat ker,penuh jeragat ker...jangan ngada-ngada nak sentuh..apsal?sebab ni..mak aku cakap tangan kita nilah antara anggota yang terdedah dekat kuman..sebab dengan tangan lah kita pegang macam-macam..so,kalau kita picit,pegang or garu kuman kita tu,kita umpama mentransferkan kuman dari tangan kita ke muka kita...dah tau kulit muka sensitif..jangan la gatal tangan nak pegang...silap-silap,tumbuh makin banyak...